Banner generated at Pimp-My-Profile.com

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK
Blog ini diwujudkan khas kepada semua bekas pelatih / pelajar IKBN PERETAK.

Rabu, 18 Mac 2009

IKBN LAMA DAN IKBN BARU (PERETAK)

0 ulasan


GAMBAR PERETAK BARU


JALAN MENUJU KE PERETAK LAMA



PERETAK BARU


BAS LAMA YANG DIGUNAKAN UNTUK KEPERETAK LAMA





PERETAK LAMA





Isnin, 2 Mac 2009

SEJARAH IKBN PERETAK

0 ulasan

Sepertimana kebanyakan institusi-institusi pengajian lain, IKBN Peretak mempunyai sejarah awal yang mewarnai akan peranan dan tanggungjawab dalam mendidik dan mengasuh anak bangsa Malaysia.

Bermula dari Balai Muda Mudi Kebangsaan di Morib, Selangor yang ditubuhkan pada tahun 1954 yang berorentasikan kebudayaan, kesenian dan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai kurikulum utamanya. Ia dinaungi oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat pada ketika itu dan kemudian berpindah dari Morib ke Peretak, Kuala Kubu Bharu pada tahun 1964. Dari saat dan ketika itu bermulalah era latihan secara formal. IKBN Peretak mengukir nama yang dahulunya dikenali sebagai kawasan hitam yang letak lokasinya di kaki Bukit. Institut ini telah berpindah ke lokasi yang baru di Mukim Buluh Telor, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu pada 1hb. Julai 2002 berikutan kawasan Institut terlibat dengan Projek Pembangunan Empangan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), tetapi masih mengekalkan kesinambungan nama Peretak, kerana ia begitu sinonim dengan IKBN ini. Institut telah diresmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Y.A.B Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 29 November 1964.

Pada 29 Mei 1967 Pusat ini telah diletakkan di bawah naungan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersesuaian dengan peranannya ketika itu. Pusat ini telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan latihan kepimpinan bagi pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara di samping mewujudkan beberapa jenis latihan kemahiran yang bersesuaian untuk melahirkan generasi belia yang lebih dinamik dan berdayasaing dalam membentuk sebuah negara yang lebih progresif dan harmoni untuk cabaran alaf mendatang.

IKBN Peretak terletak kira-kira 4 km dari Pekan Kuala Kubu Bharu melalui Jalan Hamzah ke Pekan Rasa dan 65 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Ia didirikan di atas kawasan seluas 75 ekar dan berhampiran dengan beberapa institutsi pengajian seperti Darul Quran, Maktab Rendah Sains Mara dan Kem Bina Semangat.

Pemimpin-pemimpin yang menerajui Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan silih berganti. Setelah wujudnya Pusat ini, maka beberapa kegiatan serta aktiviti telah dipindahkan. Latihan berbentuk kebudayaan dipindahkan ke Komplek Budaya Negara dan sukan pula dipindahkan ke Pusat Sukan Kampong Pandan. Di bawah pimpinan YB Dato Haji Annuar b. Musa, Pusat ini ditukar nama ke Institut Kemahiran Belia Negara Peretak pada tahun 1991 dan pada 1 Februari 1994 semua urusan berkaitan dengan latihan kepimpinan dipindahkan ke Institut Kepimpinan Belia Negara Pasir Panjang, Port Dickson yang dahulunya dikenali sebagai Kem Belia Waja, Port Dickson. Dengan itu tumpuan Institut ini adalah terhadap bidang latihan kemahiran sepenuh masa.

Fokus utama Institut ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga belia yang memiliki keterserlahan dalam bidang kemahiran dan kesempurnaan dalam sahsiah. Institut ini ditadbir oleh seorang Pengarah, dibantu oleh ketua Bahagian Pembangunan Insan, Ketua Bahagian Kemahiran dan Ketua Bahagian Pengurusan. Jumlah keseluruhan pegawai dan kakitangan Institut ini ialah 67 orang. Kapasiti semasa pelajar adalah seramai 400 orang.


PERTUKARAN NAMA AGENSI

1954 - Balai Latihan Pemuda Pemudi Kebangsaan Morib

1967 - Pusat Latihan Belia Negara Peretak

1991 - Institut Kemahiran Belia Negara Peretak


PERUBAHAN STRUKTUR AGENSI

1954 - Di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat

1967 - Diambil alih oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan

1987 - Kementerian Belia dan Sukan


Pengikut

 

IKBN PERETAK | Copyright 2009 Tüm Hakları Saklıdır | Blogger Template by GoogleBoy ve anakafa | Sponsored by Noow!