INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK
Blog ini diwujudkan khas kepada semua bekas pelatih / pelajar IKBN PERETAK.

Khamis, 11 Februari 2010

MAJLIS REUNION IKBN PERETAK

0 ulasan

SATU MAJLIS REUNION UNTUK SEMUA BEKAS-BEKAS PELATIH PERETAK AKAN DIADAKAN PADA 19.6.2010 IAITU HARI SABTU. MASIH LAGI DALAM PERBINCANGAN LOKASI MAJLIS ITU AKAN DIADAKAN NANTI......... HARAP BERSABAR...

Rabu, 11 November 2009

HASIL KERJA BEKAS PELATIH PERETAK JURUSAN FOTOGRAFI

0 ulasan

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA

0 ulasan

SELAMAT BERPUASA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA

Isnin, 13 Julai 2009

PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG

0 ulasan

PERSATUAN ALUMNI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK
(ALUMNI IKBN PERETAK)


1. NAMA DAN TEMPAT URUSAN

I) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
"PERSATUAN ALUMNI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK MALAYSIA"

Selepas ini disebut Persatuan Alumni IKBN Peretak atau ringkasnya
" ALUMNI IKBN PERETAK"

II) Alamat Berdaftar dan tempat urusan

INSTITUTU KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK,
44000 KUALA KUBU BHARU,
SELANGOR DARUL EHSAN,
MALAYSIA.

Atau lain-lain tempat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh jawatankuasa.

Alamat berdaftar Persatuan tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

2. TUJUAN-TUJUAN DAN MAKSUD-MAKSUD

TUJUAN PERSATUAN INI IALAH:

2.1 Untuk menyatupadukan hubungan silaturrahim antara bekas-bekas pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Peretak.

2.2 Menajalankan kegiatan ekonomi dan menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan yang berhubungkait dengan bidang kemahiran ahli dengan syarat segala kauntungan yang diperolehi dari kegiatan ini hendaklah dijadikan dana kewangan persatuan dan tidak boleh dibahagi-bahagikan dikalangan ahli-ahli.

2.3 menganjurkan aktiviti riadah dikalangan ahli-ahli seperti aktiviti seminar dan kursus yang bersangkutan dengan kemahiran ahli.

2.4 Memberi khidmat nasihat kepada ahli yang telah, sedang dan akan menjalankan perniagaan sendiri serta membantu mendapatkan peluang perniagaan dan pekerjaan.

3. KEAHLIAN

3.1 Keahlian persatuan ini hendaklah Warganegara malaysia berumur 18 tahun dan keatas. Keahlian terdiri daripada 2 kategori :

I) AHLI BIASA

Terbuka kepada semua bekas pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Peretak dan Pusat Latihan Belia Negara Peretak (Nama Institut Dahulu) yang mengikuti kursus kemahiran / Jangka Pendek dan Kepimpinan yang dijalankan di Institut. Ahli biasa boleh mengundi dan diundi.

II) AHLI BERSEKUTU

Pegawai serta kakitangan yang sedang atau telah berkhidmat di Institut tersebut boleh juga menjadi Ahli Bersekutu Persatuan. Ahli Bersekutu tidak boleh mengundi dan diundi didalam mana-mana mesyuarat Persatuan.

3.1 Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli dikehendaki mengemukakan borang permohonan melalui Borang Khas yang disediakan oleh Jawatankuasa Alumni dan diserahkan balik kepada Setiausaha Persatuan Alumni IKBN Peretak. Jawatankuasa boleh menerima atau menolak permihinan tersebuttanpa memberi apa-apa alasan kepada pemohon.

3.2 Tiap-tiap pemihin yang permihinanya telah diluluskan untuk menjadi ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan yuran tahunan seperti yang ditetapkan.

3.3 Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima manjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

4. BAYARAN PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN

4.1 BAYARAN MASUK DAN YURAN YANG PERLU DIBAYAR IALAH SEPERTI BERIKUT:-

Bayaran pendaftaran bagi Ahli Biasa - RM 5.00

Yuran tahunan bagi Ahli Biasa - RM 12.00

Yuran Seumur Hidup - RM 50.00

Bayaran pendaftaran bagi Ahlu Bersekutu - RM 5.00

4.2 Yuran tahunan Keahlian ialah 1 hb Januari hingga 31 hb Disember.

4.3 Yuran keahlian hendaklah dibuat pembanyaran dua bulan sebelum 31 hb Disember.

4.4 Bayaran pendaftaran dan yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari Persatuan Alumni IKBN Peretak.

4.5 Mana-mana ahli yang membiarkan Yuran Keahlian Tahunanya sehingga dua (2) tahun lebih maka satu peringatan akan dihantar oleh setiausaha Persatuan Alumni IKBN Peretak bagi menjelaskanya. Dan sekiranya masih berlarutan hingga memasuki tahun ketiga (3) seperti fasal 4.2, maka keahlia itu dikira BATAL / TERLUCUT dan hilang hak seseorang ahli.

4.6 Kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa.

5. TANGGUNGJAWAB AHLI

5.1 menjaga nama baik diri dan Persatuan.

5.2 Patuh arahan pemimpin yang dilantik.

5.3 Menjaga dan memelihara keharmonian hubungan baik sesama ahli dan pemimpin yang dilantik.

5.4 Memelihara dan akur undang-undang Persatuan.

5.5 Mempertahankan dan memelihara Keluhuran Perlembagaan Negara.

5.6 Patuh atas apa-apa pereturan dan larangan Persatuan.

5.7 Menyertai aktiviti Persatuan.

5.8 Menjaga dan memelihara harta dan hak Persatuan.

6 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

6.1 Ahli yang ingin menamatkan keahlian daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi notis atau kenyataan bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permihinan dan membayar yuran yang tertunggak.

6.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dalam cara yang mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahlian bagi satu tempoh yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau mengantung keahlian tersebut, ahli itu hendaklah memberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan dan penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membantalkan keputusan itu, atas sebab rayuan oleh ahli tersebut.

7. LARANG-LARANG

7.1 Ahli-ahli adalah dilarang daripada perkara-perkara berikut:-

7.1.1 Menjadi ahli lebih dari satu Persatuan Alumni IKBN.
7.1.2 Mewakili hak mengundi kepada sesiapa jua.
7.1.3 Menjalankan aktiviti dimana-mana premis Persatuan tanpa kebenaran.
7.1.4 Menganjurkan aktiviti tidak bermoral atau yang boleh menjejaskan nama baik Persatuan.
7.1.5 Bergaduh, memfitnah, menghasut atau dengan apa-apa cara bertujuan seumpamanya.
7.1.6 Mencemarkan nama baik persatuan, pemimpin-pemimpin atau pegawai yang dilantik.
7.1.7 mengunakan cop, logo, surat menyurat atau sebarang harta Persatuan tanpa restu atau kebenaran Jawatankuasa.
7.1.8 Permainan disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan seperti Roulette, Lotto, Fan Tan, Rob, Peh bin, Belangkai, Pro kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's game dan semua permainan yang bergantung semata-mata pada nasib.
7.1.9 Persatuan dan ahli-hlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang ataau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta kesatuan Sekerja 1959.
7.1.10 Persatuan ini tidak boleh menjalankan Loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanoa kelulusan daripada pihak berkuasa berkkenaan.
7.1.11 Faedah seperti yang diterangkan dibawah Sekyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan Kepada mana-mana ahli.

8. MENSYUARAT AGONG

8.1 Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat Agong ahli-ahli sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa, iur mana yang kurang hendaklah hadir didalam mesyuarat Agong dan mencukupi bilangan (korum) untuk mesyuarat.

8.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka hendaklah mesyuarat itu ditangguhkan ke suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawantankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Persatuan dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.

8.3 Mesyuarat Agong Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. kerja-kerja mesyuarat Agong Tahunan dan mesyuarat untuk pemilihan Jawatankuasa diadakan dua (2) tahun sekali.

a) Meneima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja persatuan didalam tahun lalu.
b) Menerima laporang Bendahari dan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.
c) Memilih Jawatankuasa dan Juruaudit Kehormat untuk Mesyuarat Agong Pemilihan untuk tempoh dua (2) tahun akan datang.
d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan didalam mesyuarat.

8.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 21 hari sebelum Mesyuarat Agong Tahunan diadakan. Satu agenda termasuk salinan peringatan Mesyuarat da laporan bersama dengan penyata kira-kira persatuan bagi tahun lalu yang telah diauditkan. Salinan surat-surat juga hendaklah disertakan untuk dibaca oleh ahli-ahli di Pejabat Persatuan.

8.5 Mesyuarat Agong Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan :-

a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa

ATAU

b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakanya, permintaan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.

8.6 Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ali-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh didalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat.

8.7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agong Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua Ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.

8.8 Perenggan 8.1 dan 8.2 didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan mesyuarat Agong Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agong Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat atas permintaan ahli -ahli maka mesyuarat itu hendaklah dibatal dalam masa enam (6) bulan dari tarikh mesyuarat Agong Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

8.9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agong tahunan dan Mesyuarat dengan seberapa segera setelah selesai mesyuarat itu.

9. JAWATANKUASA

9.1 Jawatankuasa yang dinamakan pegawai persatuan hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agong Tahunan :-

SEORANG PRESIDEN

SEORANG TIMBALAN PRESIDEN

SEORANG NAIB PRESIDEN

SEORANG SETIAUSAHA

SEORANG PENOLONG SETIAUSAHA

SEORANG BENDAHARI

20 ORANG AHLI JAWATANKUASA BIASA



9.2 Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas dalam persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

9.3 Nama dan jawatan di perenggan 9.1 diatas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agong Pemilihan semua pegawai boleh dilantik semula uda (2) tahun sekali.

9.4 Pekerjaan jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang telah ditetapkan Mesyuarat Agong. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bbertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agong dengan tidak terlebih dahulu berhubung denganya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat Agong. Jawatankuasa hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatan dalam tahun lalu kepada tiap-tiap mesyuarat Agong tahunan.

9.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada shli-ahli 7 hari terlebih dahulu. President dengan bersendirian atau tidak kurang 4 orang ahli jawatankuasa pada bila-bila masa yang difikirkan perlu sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
9.6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa dengan surat pekeliling syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima :-
(A) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan
dengan terang di dalam surat pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa.
(B) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan kita ; dan
(C) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
9.7 Ahli jawatankuasa yang gagal menghadiri mesyuarat jawatankuasa 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan dianggap sebagai telah meletakkan jawatan didalam jawatankuasa.
9.8 Jik seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, Presiden berhak melantik pengganti sementara sehingga mesyuarat Agong Pemilihan bagi memenuhi kekosongan.

9.9 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada setiusaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan persatuan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung dan melucutkan jawatan sebarang Pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan, jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan persatuan.
9.10 Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil jika difikirkan perlu dan memberikan kewajipan khas kepada ahli jawatankuasa.
10 TUGAS JAWATANKUASA / KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI.
10.1 PRESIDEN
10.1.1 menjadi pengerusi semua mesyuarat Agong dan semua mesyuarat jawatankuasa.
10.1.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.
10.1.3 Menandatangani semua cek persatuan bersama-sama setiausaha dan bendahari.
10.1.4 Berhak melantik 3 (tiga) orang ahli jawatankuasa tambahan jika difikirkan perlu.
10.2 TIMBALAN PRESIDEN
10.2.1 Memangku jawatan Presiden semasa ketiadaanya.
10.2.2 Membantu tugas-tugas Presiden dan apa-apa yang diarahkan.
10.3 NAIB PRESIDEN
10.3.1 Membantu Presiden dan Timbalan Presiden.
10.3.2 Memangku dan menjalankan tugas Presiden dan Timbalan Presiden mengikut arahan semasa ketiadaan mereka.
10.4 SETIAUSAHA
10.4.1 Menjalankan kerja pentadbiran persatuan mengikut undang-undang.
10.4.2 Menyediakan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agong.
10.4.3 Bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku dan daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli.
10.4.4 Hendaklah hadir didalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
10.7 AHLI JAWATANKUASA BIASA
10.7.1 Menerima dan mematuhi keputusan bersama-sama Presiden dan pegawai-pegawai Persatuan dan menjalankan segala Aktiviti.
10.7.2 Membantu Jawatankuasa menjalankan tugas yang diarahkan kepadanya.
11. KEWANGAN
11.1 Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi persatuan ini. Wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan uapah juruaudit tetapi walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuh hukuman di mahkamah.
11.2 Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 200.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan kedalam bank yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa. Bank itu hendaklah diatas nama Persatuan.
11.3 Segala cek atau kenyatan pengeluaran wang dari kira-kira wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Presiden, Setiausaha dan bendahari.
11.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 500,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agong terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 10,000.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.
11.5 Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbang duga kira-kira bagi tahun hendaklah disediakan oleh bendahari dan diperiksan oleh juruaudit yang dilantik mengikut undang-undang 10 dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuaratagong tahunan yang berikut an salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di pejabat urusan bagi persatuan.
11.6 Tahun kewangan persatuan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disenber tiap-tiap tahun.
12. JURUAUDIT
12.1 Dua orang ahli yang bukanya pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam mesyuarat Agong Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan itu selama dua (2) tahun dan tidak boleh dilantik semula.
12.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira / akaun Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agong tahunan. Mereka dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira masa didalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada jawatankuasa.
13. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
13.1 Diantara mesyuarat-mesyuarat Agong, Jawatankuasa boleh memberikan tafsiran kepada undang-undang ini dan jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
13.2 Kecuali perkara-perkarayang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat Agong. Keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat Agong.

bersambung****

Rabu, 18 Mac 2009

IKBN LAMA DAN IKBN BARU (PERETAK)

0 ulasan


GAMBAR PERETAK BARU


JALAN MENUJU KE PERETAK LAMA



PERETAK BARU


BAS LAMA YANG DIGUNAKAN UNTUK KEPERETAK LAMA





PERETAK LAMA





Isnin, 2 Mac 2009

SEJARAH IKBN PERETAK

0 ulasan

Sepertimana kebanyakan institusi-institusi pengajian lain, IKBN Peretak mempunyai sejarah awal yang mewarnai akan peranan dan tanggungjawab dalam mendidik dan mengasuh anak bangsa Malaysia.

Bermula dari Balai Muda Mudi Kebangsaan di Morib, Selangor yang ditubuhkan pada tahun 1954 yang berorentasikan kebudayaan, kesenian dan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai kurikulum utamanya. Ia dinaungi oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat pada ketika itu dan kemudian berpindah dari Morib ke Peretak, Kuala Kubu Bharu pada tahun 1964. Dari saat dan ketika itu bermulalah era latihan secara formal. IKBN Peretak mengukir nama yang dahulunya dikenali sebagai kawasan hitam yang letak lokasinya di kaki Bukit. Institut ini telah berpindah ke lokasi yang baru di Mukim Buluh Telor, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu pada 1hb. Julai 2002 berikutan kawasan Institut terlibat dengan Projek Pembangunan Empangan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), tetapi masih mengekalkan kesinambungan nama Peretak, kerana ia begitu sinonim dengan IKBN ini. Institut telah diresmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Y.A.B Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 29 November 1964.

Pada 29 Mei 1967 Pusat ini telah diletakkan di bawah naungan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersesuaian dengan peranannya ketika itu. Pusat ini telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan latihan kepimpinan bagi pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara di samping mewujudkan beberapa jenis latihan kemahiran yang bersesuaian untuk melahirkan generasi belia yang lebih dinamik dan berdayasaing dalam membentuk sebuah negara yang lebih progresif dan harmoni untuk cabaran alaf mendatang.

IKBN Peretak terletak kira-kira 4 km dari Pekan Kuala Kubu Bharu melalui Jalan Hamzah ke Pekan Rasa dan 65 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Ia didirikan di atas kawasan seluas 75 ekar dan berhampiran dengan beberapa institutsi pengajian seperti Darul Quran, Maktab Rendah Sains Mara dan Kem Bina Semangat.

Pemimpin-pemimpin yang menerajui Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan silih berganti. Setelah wujudnya Pusat ini, maka beberapa kegiatan serta aktiviti telah dipindahkan. Latihan berbentuk kebudayaan dipindahkan ke Komplek Budaya Negara dan sukan pula dipindahkan ke Pusat Sukan Kampong Pandan. Di bawah pimpinan YB Dato Haji Annuar b. Musa, Pusat ini ditukar nama ke Institut Kemahiran Belia Negara Peretak pada tahun 1991 dan pada 1 Februari 1994 semua urusan berkaitan dengan latihan kepimpinan dipindahkan ke Institut Kepimpinan Belia Negara Pasir Panjang, Port Dickson yang dahulunya dikenali sebagai Kem Belia Waja, Port Dickson. Dengan itu tumpuan Institut ini adalah terhadap bidang latihan kemahiran sepenuh masa.

Fokus utama Institut ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga belia yang memiliki keterserlahan dalam bidang kemahiran dan kesempurnaan dalam sahsiah. Institut ini ditadbir oleh seorang Pengarah, dibantu oleh ketua Bahagian Pembangunan Insan, Ketua Bahagian Kemahiran dan Ketua Bahagian Pengurusan. Jumlah keseluruhan pegawai dan kakitangan Institut ini ialah 67 orang. Kapasiti semasa pelajar adalah seramai 400 orang.


PERTUKARAN NAMA AGENSI

1954 - Balai Latihan Pemuda Pemudi Kebangsaan Morib

1967 - Pusat Latihan Belia Negara Peretak

1991 - Institut Kemahiran Belia Negara Peretak


PERUBAHAN STRUKTUR AGENSI

1954 - Di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat

1967 - Diambil alih oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan

1987 - Kementerian Belia dan Sukan


Khamis, 26 Februari 2009

SALAM PERKENALAN

0 ulasan

SELAMAT DATANG SEMUA

Pengikut

 

IKBN PERETAK | Copyright 2009 Tüm Hakları Saklıdır | Blogger Template by GoogleBoy ve anakafa | Sponsored by Noow!